Thursday, January 20, 2011

HIDUP SEGAN MATI TAK MAU


Salam.Lama rasanya jari jemari ni tak menari atas keyboard...baru hari ni terasa macam nak sambung balik menulis kat blog...sekadar luahan perasaan.Sekadar hobi yang dipinggiran...

Perkembangan terkini selepas sekian lama menyepi.

Lepas penat menuggu, akhirnya, august 2010 tahun lepas aku berjaya dapat temuduga sebagai seorang guru. Lepas 4 tahun bertungkus lumus memerah otak di bumi UKM dalam bidang Pendidikan. Dan akhirnya, dengan berkat doa semua pihak, aku berjaya dapat posting sebagai cekgu cekgi kat SMK DATO' JAAFAR , JB pada 23 november 2010. Dan, setelah sekian lama jugak, aku and hubby dah pun duduk serumah. Tempat keja pun dekat...satu jalan je. Memandangkan aku memang belum ada lesen, makanya, cik abanglah yang menjadi driver buat sementara waktu ni...


Dan perkembangan yang kembang yang lain, alhamdulillah, Allah dah titipkan satu nyawa dalam rahim aku. Dan sekarang, dah pun masuk 34 minggu...2 minggu lagi genaplah 9 bulan usia kandungan ni. Aku harap, dengan kehadiran si kecil ni nanti, akan menambahlkan lagi seri dan keceriaan dalam rumah tangga kami. Amin...Sejak baby dah mula gerak, menendang and berguling-guling dalam perut ni, hubby nampak happy sangat...setiap kali nampak perut aku gerak, cepat-cepat dia nak rasa gerakkan baby....Sambil tu, sibuk juga dia nak sembang ngan si baby kat dalam ni...Cepat kuar ye sayang...kehadiranmu kami nanti...mudah-mudahan selamat segalanya...


Perkembangan yang lain juga, diam tak diam, aku and hubby dah pun setahun lebih melayari bahtera rumahtangga. Pelbagai juga suka dan duka dalam rencah kehidupan berumahtangga ni. Alhamdulillah, masih dapat kami atasi dan lalui. Semoga kami kekal bahagia hingga akhir hayat. Sesuatu yang aku tak pernah jangka akan berlaku. Pada hari ulangtahun perkahwinan kami, seperti biasa, hubby pulang dari kerja. aku sambut seperti biasa. Tanpa syakwasangka, akan ada suprise dari dia...Rupanya, ada kek dan pizza hut kta pintu belakang rumah...Agak terharu bila dia excited sungguh dengan sambutan ulangtahun pertama kami...walaupun kami berdua je yang sambut, tapi, aku tetap rasa itu yang terbaik dari dia...Thanks hubby....i love u so much...


Dan yang paling terkini,aku rasa macam dah tak ada dah. Setakat tu jelah coretan untuk kali ni. Dalam kesibukkan penggal persekolahan yang baru bermula dengan macam-macam meeting and program, namun, aku and hubby tak lupa nak buat persiapan untuk si kecil yang tak lama je lagi akan hadir dalam hidup kami. Seperti nasihat doktor, segala kelengkapan si kecil, kami dah siapkan dalam beg comel milik si kecil. Bila emergency nanti, semuanya dah ready...Ya allah, aku harap, segalanya lancar.


Sekian je untuk kali ni.Semoga hari-hari yang bakal mendatang, aku tempuhi dengan tenang.salam