Wednesday, May 11, 2011

Akhirnya Rebah....


Salam...Sambung semula celoteh...Ada satu kisah yang menyayat hati berlaku sewaktu aku dalam pantang.Abang,cuti panjang masa aku bersalin.Sebulan...Jadi,dialah yang jaga aku.Semua dia buat.Kecuali mandikan baby dan susukan baby...Aku nk makan, dia yang hidang, baby nak mandi, dia yang masak air,basuh baju pun dia,gi kedai pun dia,semua lah dia yang buat...

Sampai satu masa, akhirnya beliau rebah...Demam datang melanda,selesema pun nak terjah dia...Makanya, kesian bebenau melihatkan keadaan beliau ketika itu...Wahai encik suami, mintk ampun kerana menyusahkan kamu..hee...Namun,sebelum beliau rebah diselimuti selimut,sempat beliau meng'capture' pic diri sendiri tu...ni buktinya...


sedang membaca surat kabo
berposing bersama baby

dan akhirnya
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Rebah ...menggigil gigil bliau kesejukkan...Kesian beliau....

Pape pun, abang, tahanks ye atas segalanya....I know, you love me....but i love you more than u love me..heheee..



Hari Pekerja dan Para Pekerja

Salam....Menyambung kembali coretan hati untuk yg dah terlepas.Kisah sebuah family@pekerja-pekerja yang mereleasekan tension masing-masing di hari pekerja yang lepas...Takde tempat best yang kami pergi.Paling best la...kami g BP MALL je...Memandangkan my beras sedang mengidam KFC, jadi,kami bercadang nak belanja beliau dan yg lain makan KFC...Hee...Dan...Biarlah gambar yang menceritakan sgalanya...den maleh nak membebel..hee
sebelum gerak,sempat snap pic ngan my baby....qaleesha


alamak,ter'candid' daa....
adam and eisya yang xcited...tapi, ayam tu tak dimakan pun...



ha...tu lah beliau yang dimaksudkn..keh keh...Kak ida...



mak and my sis in law...


Miss Saedah wif Mr.Yusuof....


adam and eisya yang suka melayan dina n qaleesha...
dina tu anak my sis in law tdi

my MIL...
hee...mom in law daa...sengih mak...


Walaupun cuma ke BP MALL,tapi tetap seronok sebab dapat kumpul family....i love my family so much.....





Tuesday, May 10, 2011

A Delivered Story

Salam...Memulakan kembali coretan-coretan kisah hidup insan kerdil ini.Alhamdulillah, dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 10/3/2011 yang lepas.Mengimbas kembali kisah disaat melahirkan....

Tarikh aku dijangka bersalin sebenarnya pada 4/3/2011 iaitu genap usia kandungan 40 minggu.Namun, apa yang dijangka tak selalunya benar..Sehari demi sehari selepas terlepas tarikh jangkaan bersalin, aku menunggu...5 ,6,7,8 dan akhirnya pada 9 mac....bermula sebuah kisah....

Tanpa disangka,telefon bimbit berdering menunjukkan paparan nama 'abg long' di skrin telefon...Rupanya abg sulungku berada di jb...Aku dan suami merancang untuk mengajak abg long 'makan-makan' di Senibong...Kat sana ada safood...Segar dari laut..Kami janji nak jemput long di hotel Sri Malaysia lepas maghrib....Selepas usai solat maghrib,aku terasa seperti ada 'something' yg keluar...Rasa tak selesa...Bila cek,rupanya salah satu tanda dah keluar...lendir dan darah....abang yang panic, terus membawa aku ke hospital Sultan Ismail.Abg cepat2 sms long kami terpaksa ke hospital dulu...Bila doktor cek,jalan baru terbuka 1 cm...doktor pun suruh aku blik rumah dulu...Apalagi..Kami terus jemput long dan sempat lagi makan2 kat senibong tu...

abang long...di senibong...sempat ambil 1 gambar je....

Memang masa makan tu, perut dah mula rasa tak selesa...menegang dan keras semacam je...Tapi, aku buat tak tau je...dan...malam tu....kami sampai rumah pukul 12 malam...sampai rumah,abang solat dan terus tido...Aku yang masih dalam keadaan sakit, pun buat-buat tido...walaupun pada hakikatnya aku langsung tak boleh tidur....Setiap 10 minit sakit tu semakin kuat...dan kekerapan 10 minit sekali sakit tu membuat aku langsung tak dapat tidur...sehinggalah....

Jam 6 pagi....Aku kejut abang sebab memang dah rasa tak tahan sangat...abang bawa aku ke hspital yang sama dan doktor sahkan bukaan dah 3 cm...Aku akhirnya ditahan wad...tepat jam 3 petang, doktor cek bukaan lagi...dan akhirnya aku disorong ke labour room..masa tu sempat aku kol abang yang tengah keja...suruh datang cepat2 sebab dah nak masuk labour room...


Dalam labour room....

Kata orang,aku kembar darah.sebab air ketuban tak pecah...Makin lama makin sakit...dan tepat 8.30 pm air ketuban dipecahkan dan makin sakit...akhirnya,tepat 10.30 malam,10/3/2011,aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.12 kg...Alhamdulillah...abang sentiasa disisi disaat genting dan getir aku melahirkan...dia penguat semangatku...thanks abang...dan....inilah dia puteri sulung kami yang kami namakan....NUR IMAN QALEESHA BTE AL NAZIRUL yang mmembawa maksud,cahaya keimanan yang murni...

beberapa jam selepas dilahirkan


qaleesha di 'tahniq' oleh ustazah zaharah
2 days

sleeping beauty

my lil daughter

bermulalah kisah aku,dia dan my lil princess....night....salam