Sunday, May 9, 2010

punca utama mendapat penyakit kencing manis dan simptom-simptomnya

salam semua...macam yang aku ada post semalam, hari ni aku akan ceritakan macam mana punca mak aku dapat sakit kencing manis...


masa tu aku ingat lagi...aku sekolah rendah...aku, mak n bapak aku tidur di kedai makan milik bapakku...tak ingat plak sebb apa tidur kedai...rasanya masa tu besarkan rumah kot...tak pun masa tu keta bapak lum sampai...jadi kami tidur kat kedai...


kedai kami ada ice box besar....isi dalamnya tentulah minuman berkarbonat...maka aku terasa sangat haus setiap masa...dan akan selalu nak minum air...bukan air masak, tapi air gas tu...asalkan bangun malam, mak aku akan teguk air gas,, asal bangun, mak aku minum air gas...maka nya, masih lom ada kesan...tapi, tiba satu ketika...


mak aku terasa selalu nak buang air kecil...pada mulanya tak syak langsung...mak aku dulu sorang yang agak berisi..tapi berat badan menurun mendadak.,..memang pelik...


dan satu lagi tanda ketara, kaki mak yang gatal akibat digigot nyamuk, kemudiannya digaru...sehingga terluka...dan luka tersebut menjadi hitam...dan sukar kering....maka setelah digesa, maka, mak pun g buat check up kat klinik dan dapati ada kencing manis...


sampailah sekarang, seluruh badannya yang ada bekas luka akan menjadi warna hitam...itulah tanda ketara...sapa ada luka, lambat pulak keringnya, sila la g jumpa doktor...


jauhkanlah minuman berkarbonat...insyaallah selamat....ambillah iktibar dari peristiwa ini






2 comments:

meo188 said...

:D

Raf said...

Kawal Diabetes elak risiko komplikasi bahaya.

ESULIN rawatan alternatif terkini bagi pesakit diabetes.

Moga cepat sembuh dr sgl pnyakit.