Thursday, February 3, 2011

36 36 36

salam. selamat bercuti panjang buat semua. maklumlah cuti raya cina sampai seminggu ye. syok la duduk rumah. tapi kalau datang umah aku, atas meja memang dah macam kat pejabat je gayanya. mana tak nya. cuti tapi macam tak cuti. keja bertimbun. dengan fail PAFA student, dengan fail panitia, dengan tu dengan ni...tak menang tangan dibuatnya. beria bawak balik buku rekod mengajar , kononnya nak buat untuk 3 minggu terus. wallahuaalam..aku tak pasti tu kenyataan ke, angan2 je. Dah cuti seminggu ni, rasanya macam relaks sikit. Dengan perut yang dah memboyot ni, turun naik bangunan sekolah, memang rasanya, kadang2 pancit jgk. Tapi takpelah, demi tugas, aku kuatkan jugak kaki ni.


Diam tak diam dah 36 minggu dah baby ni dok dalam yot aku. Ala baby, tak lama lagi nak kuar dah kan...hehe...cuti 90 hari jangan dilepaskan begitu saja ye. Kerani tanya aku banyak kali, samada aku nak amik 90 or 60 jek...of coz la aku kata 90...Dia risau benar, maklumlah, ustaz sorang la yang tinggal nanti bila aku dah cuti. Nak tunggu cikgu gstt, memang lambat ar sekolah dapat...takpela...yang penting, doakan aku selamat ye.


masa gi check up selasa lepas, nurse tu kata, kemungkinan untuk baby ni kuar awal sangat la besar. Waduh, betapa menggigilnya kepala lutut ini. Tapi wat muka seposen jek la. Konon2 cool.dah la kena marah.haha...cikgu bagi homework kat student. tetiba hari tu aku lak yang dapat homework. carta pergerakan baby tu, selalunya tak pernah aku miss nak tick. tapi, tiba seminggu sebelum aku mai check up ni, betapa la bz nya aku. so, tak teringat langsung nak tick pergerakan bby tu. kena bebel pot pet pot pet...kui kui..betapa la aku ni menebalkan telinga yang sememangnya tebal ni.


rasanya sampai sini je dulu la. Thank to kak ida...hehe...menyemponsorkan lappy and berodbang beliau. diorang satu family kat umah aku ni.kesian mak beliau.Sakit dah dekat sebulan dah...ada kat HSI tu ha...sedih masa tgk beliau hari tu...:( nak menyeleepingkan diri....selamat malam...salam

2 comments:

Mia-Ina said...

alhamdulillah...mendengar khabar fara yg baik je..semoga selamat hendaknya melahirkan nanti ye..jg kandungan elok2x tau

en_me said...

sonoknyerr nak dpt baby kanns.. ehehe