Tuesday, May 10, 2011

A Delivered Story

Salam...Memulakan kembali coretan-coretan kisah hidup insan kerdil ini.Alhamdulillah, dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 10/3/2011 yang lepas.Mengimbas kembali kisah disaat melahirkan....

Tarikh aku dijangka bersalin sebenarnya pada 4/3/2011 iaitu genap usia kandungan 40 minggu.Namun, apa yang dijangka tak selalunya benar..Sehari demi sehari selepas terlepas tarikh jangkaan bersalin, aku menunggu...5 ,6,7,8 dan akhirnya pada 9 mac....bermula sebuah kisah....

Tanpa disangka,telefon bimbit berdering menunjukkan paparan nama 'abg long' di skrin telefon...Rupanya abg sulungku berada di jb...Aku dan suami merancang untuk mengajak abg long 'makan-makan' di Senibong...Kat sana ada safood...Segar dari laut..Kami janji nak jemput long di hotel Sri Malaysia lepas maghrib....Selepas usai solat maghrib,aku terasa seperti ada 'something' yg keluar...Rasa tak selesa...Bila cek,rupanya salah satu tanda dah keluar...lendir dan darah....abang yang panic, terus membawa aku ke hospital Sultan Ismail.Abg cepat2 sms long kami terpaksa ke hospital dulu...Bila doktor cek,jalan baru terbuka 1 cm...doktor pun suruh aku blik rumah dulu...Apalagi..Kami terus jemput long dan sempat lagi makan2 kat senibong tu...

abang long...di senibong...sempat ambil 1 gambar je....

Memang masa makan tu, perut dah mula rasa tak selesa...menegang dan keras semacam je...Tapi, aku buat tak tau je...dan...malam tu....kami sampai rumah pukul 12 malam...sampai rumah,abang solat dan terus tido...Aku yang masih dalam keadaan sakit, pun buat-buat tido...walaupun pada hakikatnya aku langsung tak boleh tidur....Setiap 10 minit sakit tu semakin kuat...dan kekerapan 10 minit sekali sakit tu membuat aku langsung tak dapat tidur...sehinggalah....

Jam 6 pagi....Aku kejut abang sebab memang dah rasa tak tahan sangat...abang bawa aku ke hspital yang sama dan doktor sahkan bukaan dah 3 cm...Aku akhirnya ditahan wad...tepat jam 3 petang, doktor cek bukaan lagi...dan akhirnya aku disorong ke labour room..masa tu sempat aku kol abang yang tengah keja...suruh datang cepat2 sebab dah nak masuk labour room...


Dalam labour room....

Kata orang,aku kembar darah.sebab air ketuban tak pecah...Makin lama makin sakit...dan tepat 8.30 pm air ketuban dipecahkan dan makin sakit...akhirnya,tepat 10.30 malam,10/3/2011,aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.12 kg...Alhamdulillah...abang sentiasa disisi disaat genting dan getir aku melahirkan...dia penguat semangatku...thanks abang...dan....inilah dia puteri sulung kami yang kami namakan....NUR IMAN QALEESHA BTE AL NAZIRUL yang mmembawa maksud,cahaya keimanan yang murni...

beberapa jam selepas dilahirkan


qaleesha di 'tahniq' oleh ustazah zaharah
2 days

sleeping beauty

my lil daughter

bermulalah kisah aku,dia dan my lil princess....night....salam

Thursday, February 3, 2011

36 36 36

salam. selamat bercuti panjang buat semua. maklumlah cuti raya cina sampai seminggu ye. syok la duduk rumah. tapi kalau datang umah aku, atas meja memang dah macam kat pejabat je gayanya. mana tak nya. cuti tapi macam tak cuti. keja bertimbun. dengan fail PAFA student, dengan fail panitia, dengan tu dengan ni...tak menang tangan dibuatnya. beria bawak balik buku rekod mengajar , kononnya nak buat untuk 3 minggu terus. wallahuaalam..aku tak pasti tu kenyataan ke, angan2 je. Dah cuti seminggu ni, rasanya macam relaks sikit. Dengan perut yang dah memboyot ni, turun naik bangunan sekolah, memang rasanya, kadang2 pancit jgk. Tapi takpelah, demi tugas, aku kuatkan jugak kaki ni.


Diam tak diam dah 36 minggu dah baby ni dok dalam yot aku. Ala baby, tak lama lagi nak kuar dah kan...hehe...cuti 90 hari jangan dilepaskan begitu saja ye. Kerani tanya aku banyak kali, samada aku nak amik 90 or 60 jek...of coz la aku kata 90...Dia risau benar, maklumlah, ustaz sorang la yang tinggal nanti bila aku dah cuti. Nak tunggu cikgu gstt, memang lambat ar sekolah dapat...takpela...yang penting, doakan aku selamat ye.


masa gi check up selasa lepas, nurse tu kata, kemungkinan untuk baby ni kuar awal sangat la besar. Waduh, betapa menggigilnya kepala lutut ini. Tapi wat muka seposen jek la. Konon2 cool.dah la kena marah.haha...cikgu bagi homework kat student. tetiba hari tu aku lak yang dapat homework. carta pergerakan baby tu, selalunya tak pernah aku miss nak tick. tapi, tiba seminggu sebelum aku mai check up ni, betapa la bz nya aku. so, tak teringat langsung nak tick pergerakan bby tu. kena bebel pot pet pot pet...kui kui..betapa la aku ni menebalkan telinga yang sememangnya tebal ni.


rasanya sampai sini je dulu la. Thank to kak ida...hehe...menyemponsorkan lappy and berodbang beliau. diorang satu family kat umah aku ni.kesian mak beliau.Sakit dah dekat sebulan dah...ada kat HSI tu ha...sedih masa tgk beliau hari tu...:( nak menyeleepingkan diri....selamat malam...salam