Monday, May 10, 2010

kerja banyak, orangnya satu jek



salam...dah berapa hari ni dok cari keje saje...macam macam kerja g try...and ada 4, 5 keje gak la yang ok...tapi cite sume biasa-biasa jek...aku ambil borang KGSK, but, aku rasa x mau plak ...sebab if dalam masa terdekat ni pindah, memang payah la nak stop...n rasa syg lak nanti...x pela...lagipun aku ni payah...lesen x ada,transport x ada...susah sikit...aku keje ni pun start esok.dkt dgn uma akk aku...keje kilang kain...hantam saja la labu...tahan telinga je...maklumlah budak baru kan...wah wah...rasa nak menggeletar lak kepala lutut...takut nk start keje...tadi g interview pun, muka masing2 mcm tapai masam...maklumlah, ada org baru...busuk ati la tu...huh...benci tau...huhu

pep pun, esok aku start keje dah...maknanya, blog ini, akan menjadi blog yg autopublish sokmo la...mulai malam ni aku dah sediakan la sikit2 n3...ngeh...


ok la...wish me luck...doakanla, mereka2 yg macam tapai masam tula yg akan rapat ngan aku nnti...diorg tak tau tu yg aku ni baik hati(wakakaka....masuk troli tolak sendiri) huhu


akhir kalam....wish me luck







MARI BELAJAR BAHASA ARAB (ANGGOTA BADAN)

salam...maaf kalau ada yang tak suka dengan entry ni...bukan saje nak belagak pandai...tapi sekadar nak share ilmu...ada yang minta sangat saya kongsikan...kalau yang tak suka, tak pela, jangan baca entry ni ye...maaf dipinta...hari ni rasa macam nak share perkataan /vocab tentang anggota badan...tak leh taip jawi sbb kat cc ni tak ada font jawi plak...sowi ye...


JUMJUMATUN=TENGKORAK

RA'SUN=KEPALA

SYA'RUN=RAMBUT

YADUN=TANGAN

ANFUN=HIDUNG

FAMUN=MULUT

LISANUN=LIDAH

BATNUN=PERUT

RIJALUN=KAKI

UZUNUN=TELINGA

AINUN=MATA

HAJIBUL AIN=KENING

KATIFUN=KETIAK

SINNUN=GIGI


P/S:kalau ada yg tertinggal n nak tau komen je,,,nanti saya tambah ok


Sunday, May 9, 2010

punca utama mendapat penyakit kencing manis dan simptom-simptomnya

salam semua...macam yang aku ada post semalam, hari ni aku akan ceritakan macam mana punca mak aku dapat sakit kencing manis...


masa tu aku ingat lagi...aku sekolah rendah...aku, mak n bapak aku tidur di kedai makan milik bapakku...tak ingat plak sebb apa tidur kedai...rasanya masa tu besarkan rumah kot...tak pun masa tu keta bapak lum sampai...jadi kami tidur kat kedai...


kedai kami ada ice box besar....isi dalamnya tentulah minuman berkarbonat...maka aku terasa sangat haus setiap masa...dan akan selalu nak minum air...bukan air masak, tapi air gas tu...asalkan bangun malam, mak aku akan teguk air gas,, asal bangun, mak aku minum air gas...maka nya, masih lom ada kesan...tapi, tiba satu ketika...


mak aku terasa selalu nak buang air kecil...pada mulanya tak syak langsung...mak aku dulu sorang yang agak berisi..tapi berat badan menurun mendadak.,..memang pelik...


dan satu lagi tanda ketara, kaki mak yang gatal akibat digigot nyamuk, kemudiannya digaru...sehingga terluka...dan luka tersebut menjadi hitam...dan sukar kering....maka setelah digesa, maka, mak pun g buat check up kat klinik dan dapati ada kencing manis...


sampailah sekarang, seluruh badannya yang ada bekas luka akan menjadi warna hitam...itulah tanda ketara...sapa ada luka, lambat pulak keringnya, sila la g jumpa doktor...


jauhkanlah minuman berkarbonat...insyaallah selamat....ambillah iktibar dari peristiwa ini






Saturday, May 8, 2010

rejeki

salam...haha...x tau nak pos apa..yg penting happy sangat dah menang giveaway tak ada perasaan...ala yg banner kuning kat tepi tu ha...alhamdulillah...kali ke 4 menang giveaway untuk 2 bulan berblog..hehe....rejeki...syukur




SWEATER/JACKET/RAIN COAT MEMBAWA MAUT


Salam.hari yang sangat bahagia...ada hubby disisi..hehe...bukan senang nak bersama hubby sejak beliau meng'kursuskan' diri ...huhu...


well, seperti mana tajuk kat atas tu...aku nak bawak satu kisah yang aku harap boleh jadi tauladan untuk semua penunggang motosikal kat malaysia


kisah bermula apabila seorang isteri yang dalam perjalanannya nak amik anak sekolah, macam biasa naik motor n akan pakai sweater...but, sweater dipakai terbalik...leh bayangkan x?sweater dipakai terbalik...butang kat belakang...


tiba-tiba.. sweater yang terkibai kibai kerana kelajuan motor maximum...dan bermula lah satu tragedi apabila sweater yang terkibai-kibai tu tersangkut pada lori yang menghimpit moto akibat jalan yang sempit...dan, teseretlah beliau di atas jalan raya tersebut...


namun, sempat lagi si isteri call suaminya dan bagitau dia excident....tak lama pastu beliau meninggal di tempat kejadian...


kisah ni adalah kisah benar yg terjadi kepada kawan kepada abg aku...sangat bahaya kan...makanya, beringat sebelum kena






KEHILANGAN 1 JARI

Salam buat semua...memang sesuatu yang tidak dijangka...ibuku sedang berada di hospital akibat demam yang berlarutan selama seminggu...rupanya, demam itu rentetan dari kakinya yang luka akibat kencing manis...hari ahad, ibuku dibawa oleh angah ke klinik di simpang renggam...selepas mendapatkan rawatan, doktor dapati, ibuku harus dirujuk terus ke hospital...kaki ibuku yang luka teruk hanya dicuci dan dibalut ....klinik simpang renggam membuat surat rujukan terus ke hospital kluang memandangkan keadaan luka di kakinya yang membimbangkn...


sejurus sampai di hospital, ibuku disahkan akan tinggal di hospital...untuk rawatan lanjut...kami tidak menjaga ibu di hospital...ibu melarang kami...dan....


pada malam tersebut...malam tu juga waktu kami hantar ibuku...dan sewaktu itu juga kami di rumah...ayahku nyenyak tidur kerana kepenatan...tiba-tiba jam 12.15 pagi, nurse call dari hospital dan bagitau satu jari kaki ibu yang teruk lukanya telah dipotong...hm, kami terkejut dan rasa tak sabar nak tunggu esok hari sebb nak tgk keadaan ibuku...


alhamdulillah segalanya selamat...ibuku masih mampu tersenyum ...katanya langsung tak sakit...dan masih mampu berbual dengan doktor tu..huhu...alhamdulillah...lega rasanya...doktor kata, kalau lewat dibuang jari tu, kuman akan merebak ke lutut dan akan mengakibatkan lutut pula yg akan dipotong..masyaallah....jauhkanlah...


kesimpulannya kat sini...kurangkan minum air gas, dan air yang manis...sebab-sebab utama ibuku mendapat kencing manis aku akan ceritakan pada post esok hari...salam...doakan buat ibuku...




Friday, May 7, 2010

Zai Kulim and ayu selalu

salam...thanks to korang yang nak jugak kat cap tu..hehe...fara tak bawak balik lagi kotak2...bulan 6/ 7 nanti baru nak g ukm ambil barang2....boleh x zai and ayu bagi fara alamat kat email???mana tau fara baik hati nak bagi ayu n zai barang lain dulu....sila bagi eh...sementara tunggu cap, leh la dapat benda lain dulu...sorry...fara terlupa nk bawak balik cap tu...bagi tau alamat kamu n no.phone...hehe

farazirul@yahoo.com



SAPE NAK CAP???


salam...huhu...aku sebenarnya banyak sangat dapat cap ni...padahal bukan pakai pun...ada ke sesapa minat nak cap ni?kalau nak tinggal komen cakap nak jek...kalau la ada orang nak, nanti aku poskan untuk korang k...ada 2 je...terhad kepada 2 orang ok



Thursday, May 6, 2010

Tips agar tidak bosan di dalam lif



11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"






Wednesday, May 5, 2010

MY WISH GIVEAWAY-503020



perhatian kepada semua...disini terdapat satu giveaway menarik yg 'wajib' anda semuya sertai...sila la layari syarat2 nya di website tuan tanah...hanya perlu klik pada gmbar yang meriah tu...

dan dibawah ni merupakan penaja utama hadiah give away ini...sila klik pada banner tu kalau nk tgk syarikat tersebut




tanpa membuang masa, kat sini aku nak nyatakan keinginan yang aku paling ingin...
kalau aku ada rezeki nak dapatkan duit rm 50, 30 / 20 tu, aku cuma nak beli set dettol...
semua sedia maklum mak aku sakit...n baru je potong jari kakinya...jadi...untuk cuci luka tu, perlukan set dettol...untuk membunuh kuman yang nakal...

aku memang nak sangat beli cecair anti septik, and segala2 untuk bersihkan luka mak aku yang jarinya kena potong tu...

kalau tak ada rezeki pun aku tetap akan beli juga....demi my mom yg tercenta...


http://narizan.blogspot.com/2010/04/my-wish-giveaway-503020.html
hambek ini link untuk kalau tak leh klik banner warna warni tu k

sekian saja berita terkini



nampak pocong dan pontianak dalam rumah

salam...apa khabar semua...aku baru je balik dari hospital...melawat my mom...hm, nampaknya dah semakin sihat...tq pada semua yang datang ziarah my mom...


la ni, aku menumpang rumah kakak kat kluang sementara my mom masih kat hospital. senang nak berulang alik...tapi segan jugak duduk lama-lama...kesian dia...takut menyusahkan pulak...


hm, malam tadi, anak-anak sedara aku ni sibuk nak mengecek ayah dia...nak keluar g tgk pierre andre shooting. dekat je. dekat kg abdul rahman yasin. dekat pulak tu ngan sekolah si adik yang tuisen malam tu kat sekolah ...si abang ni pun mengecek nak gi tgk shooting tu naik motor ngan kawan dia....marah la bapak dia...ada ke nak naik motor ngan budak bawah umur yang tak ada lesen tu...mak n bapak diorg ni mmg sayang anak...segala2 nya tertib n dijaga...


tibe dekat kul 10, waktu nak ambil si adik tu kul 10, si ayah ni pun ajak si abang ni g tgk shooting tu...kata diorng, hantu memang solek real...ada 2 ekor...pocong and pontianak...memang menakutkan lah...huhu...shooting kali ni pierre wat untuk filem hijab...tak lama kang keluar la tu...hm, kali ni banyak shooting kat kluang...kat kluang parade...and sekitar kluang...huh...ada juga yang sudi nak shooting kat sini kan...hehe...my only kluang...


hm, balik dari tgk shooting tu masing-masing takut nak g tandas...si adik nak naik atas tidur pun takut...huhu...


ok la...jumpa lagi next time...salam


p/s: lepas balik dari jalan/tgk sesuatu yg seram/menakutkan, balik tu cuci muka@mandi je terus...malam nanti takut ada pulak yang mengigau..




ALERT DENGAN WASIAT NABI

WASIAT NABI

DARIPADA ABDULLAH BIN ABBAS , PASA SATU HARI, SEMASA AKU BERADA DI BELAKANG NABI S.A.W, BAGINDA BERSABDA:"WAHAI ANAK LELAKI, AKU AJARKAN ENGKAU BEBERAPA PERKARA":


Peliharalah ALLAH, nescaya ALLAH akan memelihara engkau

Peliharalah ALLAH , nescaya engkau menemuinya di hadapanmu

Kenallah ALLAH dalam masa senang, nescaya ALLAH mengenali engkau dalam masa susah

Ketahuilah apa yang dihindarkan ALLAH tidak akan menimpa engkau, dan apa yang telah ditakdirkan menimpa engkau , engkau tidak terlepas darinya

Ketahuilah bahawa kemenangan beserta dengan kesabaran , kelapangan beserta kepayahan dan kesusahan beserta kemudahan

(riwayat turmuzi)

p/s:

jangan hanya belajar dengan guru, tetapi belajarlah dengan pengalaman, belajarlah dengan kesilapan, belajarlah dengan teguran, belajarlah dengan kata-kata orang kepada kita, belajarlah dengan kesilapan orang, belajarlah dengan tragedi dan peristiwa, maka itulah dia universiti yang bersifat universal




Tuesday, May 4, 2010

PERHATIAN UNTUK AYAH AND BAKAL AYAH


salam semua.yang tgh baca ni, ayah-ayah ke bakal ayah ke???hehe..x kisahlah sape nak baca, sapa pun leh baca...umum..tak ada kisah ganas....pernah baca al quran kan? pernah baca surah luqman???mesti pernah kan...tau tak apa cerita disebalik surah tu???bertuahnya luqman kerana surah tu dinamakan dengan nama beliau...kalau nak tau, boleh cari buku teks anak-anak , yang sekolah menengah...tak silap buku teks form 2/ form 4...menarik kisah dia...


kat sini saya nak share sikit lah nasihat LUQMAN AL HAKIM kepada anak dia...buat ayah-ayah diluar sana, boleh la aplikasikan utuk bentuk anak yang soleh ...

SESUNGGUHNYA ADALAH SESUATU YANG BERHIKMAH APABILA ENGKAU MELAKUKAN 8 PERKARA:

ENGKAU MENGHIDUPKAN HATI YANG MATI

♥DUDUK BERGAUL DENGAN ORANG MISKIN

♥MEMULIAKAN ORANG YANG HINA

♥MEMBEBASKAN HAMBA ABDI

♥MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA ORANG ASING

♥MENGKAYAKAN ORANG YANG FAKIR

♥MENAMBAHKAN KEMULIAAN ORANG YANG MULIA

♥MENAMBAHKAN KEPIMPINAN BAGI PEMIMPIN

P/S:memandangkan banyak tanda kiamat yang allah dah tunjukkan, lebih baik kita cepat bertindak ...berubah dari negatif kepada positif...selamat beramal

AKHIR KALAM

"lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat , kerana memberi nasihat susah nak jaga dari merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak didalam, tiang nampak siluar bersih dan berkilat, didalam penuh bubuk dan ulat"


Monday, May 3, 2010

TIPS MENGUKUHKAN INGATAN/HAFALAN


salam...mesti ada dikalangan blogger/ pembaca / anak-anak yang terlibat dengan syafawi atau ujian lisan...tak kisah la hafazan ayat al-quran atau hafal apa-apa..tapi teknik-tekni ni insyaallah leh cuba la...masa saya ambil STAM dulu, menghafal buku tebal-tebal belaka...semuanya bahasa arab.alhamdulillah amalkan petua n tips ni, alhamdulillah la..nasib n rezeki menyebelahi diri ini..hehe..

teknik kat bawah ni boleh aplikasi untuk belajar apa pun jenis pelajaran dalam bentuk fakta/ apa-apa lah...



1) TEKNIK MENGULANG SEORANG DIRI


*rangka jadual persendirian
*bahagi masauntuk hafal yang baru dan ulang hafalan yang lama
*tetapkan masa menghafal
*jadual yang dirancang jangan lupa amalkan
*masa yang dah dilanggar, kena ganti balik

2)TEKNIK MENGULANG DENGAN KAWAN


*cari kawan yang sesuai
*kawan pertama baca, kawan kedua semak dan ulang2 balik


3)TEKNIK MENGULANG SECARA HALAQAH

*buat kumpulan(ahli 5-10 orang)
*setiap ahli kena baca sambung sambung...orang pertama (ayat 1-5) orang kedua (ayat 6-10) dan macam tu jugak dgn yg lain...

4) TEKNIK BACAAN DALAM SOLAT

* baca ayat yang baru dihafal setiap rakaat
sambung bacaan dari siang sampai malam pada keseluruhan solat

5) TEKNIK TULIS SEMULA

tulis semula muka surat yang dah dihafal tanpa tgk mushaf ..


SELAMAT MENCUBA...



Sunday, May 2, 2010

MARI BELAJAR BAHASA ARAB



salam semua...hari tu ada demand dari blogger...katanya mintak la aku ajar sikit-sikit bahasa arab...bukan tak boleh sahabat,hehe...tapi segan la...ilmu kita la sehebat asatiz wa asatizah diluar nun...tapi ajar sikit-sikit leh la...basic-basic jek ok ke?hehe

minta maaf la kalau ada salah silap ye...

bahasa arab bahasa al quran...

moh le kita sesama belajar deh


ok la...kita belajar fasa demi fasa ok?

hari ni cukuplah belajar kata ganti nama...

kata ganti nama dalam bahasa arab dipanggil dhamir

(ضمير)

هو-(hua)=dia untuk seorang lelaki

هما-(huma)=dia untuk 2 orang lelaki

هم-(hum)=untuk mereka bagi lelaki

هي-(hiya)=dia untuk seorang perempuan

هما-(huma)=dia untuk 2 orang perempuan

هن-(hunna)=untuk mereka bagi perempuan

انت-(anta)=awak untuk seorang lelaki

انتما-(antuma)=awak untuk 2 orang lelaki

انتم-(antum)=kamu iaitu untuk ramai lelaki

انت-(anti)=awak untuk seorang perempuan

انتما-(antuma)=awak untuk 2 orang perempuan

انتن-(antunna)=kamu iaitu untuk ramai perempuan

انا-(ana)=aku/aku untuk lelaki dan perempuan

نحن-(nahnu)=kami/kita untuk lelaki dan perempuan


setakat ni je dulu untuk kali ni...ok, lepas ni kita belajar tentang vocab berkaitan anggota badan ok? hehe




Saturday, May 1, 2010

KEDEKUTNYA...



salam semua...27 april hari tu, besday my bestfriend yang sorang ni...aida...mamandangkan 28 hb adalah exam yang ter'killer' , jadi, segala suprise terpaksa dibatalkan...memang kena fokus habis untuk subjek tu...

besday gurl..

jadi, memandangkan jugak dah habis exam and dah habis belajar, maka nya, duit ptptn pun dah susut lah..hehe..jadi, minta maaf kat aida..sebab tak beli kek besar2..hehe...mintak ampun ye aida..hehe

celebrate kecil kecilan


celebrate pun kat bakery je..zar bakery...hm, kek satu slice tu pun mahal gak kat situ.1 slice 4 ringgit..baik je beli kek kat luar...yg kecik baru 12 ringgit je...huhu...kesian aida....

happy birthday to aida...semoga usia dipanjangkan, rezeki diluaskan, berjaya dunia akhirat...semoga persahabatan ini kekal sampai akhir nanti...i love u my friend... untuk ecah juga...hehe

macam pengantin plak...hehe...suap ecah



p/s:fara bukan kedekut tau..tapi tak ada budget lak....hehe